Wednesday, October 12, 2016

9M4CSB @ 59th World Scout JOTA

Callsign : 9M4CSB
Event : 59th World Scout JOTA
Date : 14-16 Oct 2016
QTH : SMK Sungai Besar, Selangor


Jumpa di sana... 73

Thursday, September 03, 2015

Special Callsign 9M10CSB

Alhamdulillah, permohonan KERAP untuk mendapatkan special callsign 9M10CSB sempena 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) telah diluluskan oleh SKMM pada 28 Julai 2015.

Tempoh sah callsign 9M10CSB adalah selama  3 bulan iaitu bermula dari 1 Ogos - 31 Oktober 2015.

Aktiviti sempena Sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar :

Sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar
19 - 20 September 2015
* Hi Tea (19 September 2015, jam 9.00 pagi)
* Eyeball (19 September 2015, jam 9.00 malam)
* Kursus Pengenalan Radio Amatur (19 September 2015, jam 3.00 petang)
* DXing 9M10CSB (19 Sep 2015 , jam 9.00 pagi - 20 Sep 2015, jam 5.00 petang)

QTH :
Balairaya Kampung Tebuk Haji Yusof,
Sungai Besar, Selangor.









T-Shirt 9M10CSB
Selain itu, baju t-shirt khas 9M10CSB boleh ditempah sebagai cenderahati dan kenang-kenangan sempena 10 tahun KERAP. Jika berminat, boleh la tempah....

9M10CSB Scout Scarf Day - 1 Ogos 2015

Sempena Hari Skaf Pengakap Sedunia pada 1 Ogos 2015 lalu, callsign 9M10CSB buat pertama kalinya diaktifkan di 2m band - simplex V24, Repeater 9M4RBC, 9M4RZS dan Astra Linking.

Callsign 9M10CSB juga diaktifkan oleh beberapa sukarelawan yang membuang DXing di HF band bergantung kepada kelapangan masa. Antaranya 9M2ZAK, 9M2MDX dll

9M10CSB QSL Card





Monday, March 16, 2015

Ringo BH4BPO Cycling Ham Malaysia - China (Part 2 - Thailand)

Kemas kini/Update : 16/4/2015 0755 mst

15 Mac 2015 - Day 10 (Padang Besar - Hatyai) : 58 km

Jam 12 tengah hari, sebaik sahaja Ringo sampai di Padang Besar, Ringo terus menuju ke pintu sempadan Malaysia - Thailand. Info daripada Ringo, pemeriksaan Kastam dan Imigresen di sempadan berjalan lancar. Menjelang 12.30 tengah hari, Ringo sudah berada di bumi Thailand.

Kemudian, sekitar jam 2.40 petang baru saya dapat mesej daripada Ringo mengatakan bahawa dia telah mendapatkan simkad telefon Thailand dan internetnya kembali berfungsi. Ringo memulakan kayuhannya ke Hatyai sekitar jam 3.00 petang. Katanya, bahasa dan budaya di Thailand sangat berbeza dan itu yang menjadikan pengalaman unik baginya...

Ringo mengikut laluan no. 1027 sebelum masuk laluan no.4. Tidak banyak info yang saya dapat daripada Ringo sepanjang kayuhanya  menuju ke Hatyai. Menjelang jam 7.20 malam, Ringo
sampai di sebuah resort yang menjadi penginapannya hari ini. Menurut Ringo, hanya dia yang menginap di situ dan bilik yang disediakan besar lengkap dengan penghawa dingin dan katil saiz queen. 4 orang pun boleh masuk... katanya. Tambahan pula kadar sewanya hanya 30% berbanding hotel biasa di Malaysia.

16 Mac 2015 - Day 11 : Hatyai - Songkla (About 40km)
Ringo memaklumkan, bahawa dia akan berada sehari lagi di Hatyai. Kesempatan itu digunakan untuk berkayuh di sekitar bandar Hatyai. Menjelang tengah hari baru Ringo bergerak menuju ke sana.

Info dan gambar terbaru yang diterima daripada Ringo jam 3 ptg ni, memberitahu bahawa dia sedang meluangkan masa di Klanghae Floating Market.

Katanya, pemandangan dan pengalaman yang menyeronokkan di sini, lebih-lebih lagi hanya dia seorang sahaja pelawat di sana... "I am the only visitor here, can u believe it?" Emmm, untunglah Ringo.. dapat layanan VIP! hi hi

Selepas ini, dia akan berkayuh menuju utara bandar Hatyai - kawasan pantai... dan seterusnya menuju ke Songkla.

Ringo mengatakan bahawa dia akan bermalam di Songkla. Sebelah malamnya, Ringo menghabiskan masa dengan pergi ke pasar malam Songkla.

17 Mac 2015 - Day 12 : Songkla - Thale Noi (121 km)
Info daripada Ringo, target desitinasi seterusnya adalah Krabi. Mungkin mengambil masa 2 hari katanya.

Untuk kayuhan hari ini, dia akan menuju ke Thale Noi dahulu... agak lambat juga Ringo memulakan kayuhan dari Songkla. Jam 11 pagi baru Ringo mula bergerak mengikuti laluan no. 408 menyusuri jalan pantai. Katanya, pemandangan sepanjang laluan memang menarik... kawasan pantai yang tenang. Hanya kelihatan nelayan menangkap ikan...

Kemudian, Ringo singah di suatu tempat untuk makan tengah hari,,, murah katanya... hanya USD 1.80. Ringo meneruskan kayuhan di kawasan pantai dan berpaya sambil ditemani tiupan bayu dan burung-burung berterbangan di udara...

Pemandangan yang paling menarik bagi Ringo ketika melalui kawasan tersebut ialah menyaksikan matahari terbenam. Sempat Ringo mengambil merakam moment tersebut sebagai kenangan. Sekitar jam 6.40 petang
, Ringo tiba di Thale Noi untuk berehat dan bermalam di sana.
Hanya RM50 untuk bilik keluarga di kabin atas air.


18 Mac 2015 - Day 12 : Thale Noi - Trang about 92km
Pagi ini Ringo dihidangkan dengan pemandangan indah di kawasan penginapannya. Suasana tasik dengan bunga teratai mekar berseri menghiasan lanskap di sana.

Bagaimana pun, Ringo belum menetapkan destinasi kayuhannya. Mungkin ke Trang... nantikan keputusan Ringo!

Ye, Ringo menetapkan destinasi kayuhannya ke Trang. Walaupun hanya bergerak sekitar jam 11 pagi dari Thale Noi, tetapi Ringo berjaya sampai di Trang sekitar jam 6 petang. Katanya, kali ini terpaksa melalui jalan berbukit dan ada kalanya kelajuan basikalnya mencecah 60km/j semasa menuruni bukit...

19 Mac 2015 - Day 13 : Trang - Krabi (127 km)
Pagi ini Ringo mengambil keputusan untuk bergerak awal. Jam 8 pagi lagi dia sudah memulakan kayuhannya. Pada mulanya Ringo berkayuh mengikut laluan no. 4 tetapi kemudiannya mengambil laluan kampung - katanya untuk melihat sendiri kawasan perkampungan.

Ringo meet up HS9KBY and E22SBM
Sekitar jam 9.15 pagi, Ringo berjumpa HS9KBY dan E22SBM. Mereka menjejaki Ringo melalui aprs. Inilah kali pertama Ringo berjumpa rakan Ham Thailand setelah 4 hari berkayuh di sana. Walaupun begitu, mereka telah saling berhubung melalui whatapss.

Kemudian, Ringo meneruskan kayuhannya melalui jalan kampung. Berhenti seketika untuk sarapan pagi sebelum kembali berkayuh dan masuk kembali ke laluan no.4 dan meneruskan kayuhan ke Krabi. Sampai di Krabi, Ringo disambut rakan ham Krabi HS8FLU dan HS8JWH.
Ringo - Islands Hopping



20 Mac 2015 - Day 14 : Krabi - Islands hopping & kayaking
Hari ini, Ringo meluangkan masa dengan melakukan aktiviti menjelajah pulau-pulau sekitar Krabi dan aktiviti berkayak. Bagi Ringo, Krabi adalah tempat yang padat dengan pelancong... keadaan ini membuatkan dia kurang selesa... bagaimanapun, layan je la... katanya... hi hi. Ringo bermalam di chalet di salah sebuah pulau di sana.


21 Mac 2015 - Day 15: Krabi - Phang-nga (80km)
Selepas bergerak dari pantai Krabi, Ringo menuju ke pekan Krabi untuk mengambil semula basikalnya di sana. Tengah hari baru Ringo bergerak menuju ke pekan Phang-nga kira-kira 80km dari Krabi. Ikut perancangan awal, Ringo hendak terus ke Khao Sok National Park tetapi terpaksa ditangguhkan dulu kerana jarak 160km tidak dapat dicapai Ringo dan terpaksa bermalam di mana-mana pekan di pertengahannya. Ringo sampai di Phang-Nga sekitar jam 6 petang dan menginap di rumah rehat Phang-Nga pada kadar 500 Bath semalam. Katanya, semasa di sana, dia membeli dua sikat pisang dengan RM1 sahaja.


22 Mac 2015 - Day 16 : Phang-nga - Khao Sok National Park (81km)
Ringo bangun agak lewat hari ini. Bagaimanapun dia akan meneruskan rancangannya ke Khao Sok National Park. Kali ini, Ringo diuji dengan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau... ada ketikanya, Ringo terpaksa menuntun basikalnya mendaki bukit.... namun, dengan semangat yang membara, jarak kayuhan 81km itu berjaya juga diharunginya. Kepenatan Ringo hilang setelah melihat pemandangan bukit-bukau di selang-seli dengan sungai malah katanya, dia sempat mandi sungai bersama kanak-kanak tempatan di sana.

Trek Phang-nga ke Khao Sok National Park
23 Mac 2015 - Day 17 : Khao Sok National Park
Hari ini, Ringo akan mengikuti pakej menjelajah sekitar taman berkenaan. Pekej tersebut meliputi aktiviti menjelajah hutan, meneroka gua  dan menaiki bot meninjau suasana kehijauan alam semulajadi yang masih terpelihara keasliannya.

Menurut Ringo pakej berharga lebih 1300 Bath itu agak mahal tetapi berbaloi malah baginya, lebih menyeronokkan berbanding pengalamannya di Krabi sebelum ini. Jelas tergambar kepuasan di wajah Ringo melalui gambar-gambar yang dikongsikan melalui whatapps kepada saya. Setakat ini, keseluruhan jarak kayuhan Ringo sudah menjangkau 1560 km.

Ringo BH4BPO di Khao Sok National Park

24 Mac 2015 - Day 18 : Khao Sok National Park - Surat Thani (123km) + Chaiya (20km)
Hari ini, Ringo akan berkayuh menuju ke Surat Thani... Ringo menempuh perjalanan berbukit sebelum sampai ke pantai timur semula. Ringo memberitahu dia akan ke utara sedikit daripada bandar Surat Thani supaya jarak kayuhannya untuk esok hari tidak terlalu jauh. Jadi Ringo mengambil keputusan untuk menuju ke sebuah pekan kecil bernama Chaiya.

Di Chaiya, Ringo memberitahu bahawa pasar malamnya tutup jam 8 malam, bertemu dengan beberapa orang pelancong asing dan dapat penginapan RM45 semalaman.

25 Mac 2015 - Day 19 : Chaiya - Chumphon (140km)
Ringo berkayuh menuju ke Chamhon. Semasa di Chaiya, Ringo bertemu dengan pasangan dari Holland yang juga telah berbasikal menjelajah dunia lebih 2 tahun. Dalam perjalanan ke Chumphon, Ringo bertemu pula dengan sorang cyclist dari Britain dan berkayuh bersama-sama lebih kurang 60km, Kemudian, Ringo mengayuh berseorangan menuju ke Champhon.

26 Mac 2015 - Day 20 : Champhon - Thungwualen Beach (20km)

27 Mac 2015 - Day 21 : Thungwualen Beach

28 Mac 2015 - Day 22 : Thungwualen Beach - Wat Bang Beach

29 Mac 2015 - Day 23 - Wat Bang Beach - Prachuap

30 Mac 2015 - Day 24 - Prachuap - Hua hin (114km)

31 Mac 2015 - Day 25 - Hua Hin - Phetcaburi

1 Apr 2015 - Day 26 - Phetcaburi - Bangkok

2 Apr 2015 Bangkok - Chiang Mai

3 - 7 Apr 2015 - Around Chiang Mai City

8 Apr 2015 - Chiang Mai Airport - Shanghai Airport - Journey end.

Ringo menamatkan kayuhannya di Stesen keretapi Bangkok. Selepas ini dia akan menaiki keretapi api ke Chiang Mai. Sepanjang  26 hari kayuhan tersebut, Ringo telah berkayuh sekitar 2500KM. Hasrat Ringo untuk berkayuh balik ke Shanghai terpaksa dipendekkan kerana kekangan masa dan masalah pencemaran udara yang teruk di Laos akibat kebakaran hutan.

Apapun, tahniah kepada Ringo atas kesungguhan yang ditunjukkan. Moga boleh menjadi contoh kepada kita dan menjadi kenangan manis Ringo sepanjang kayuhannya di Malaysia,

Jumpa lagi.


Monday, March 09, 2015

Ringo BH4BPO berbasikal Malaysia (Melaka) - China (Shanghai)

KEMAS KINI / Update : 16/3/2015 1150 mst

6 Mac 2015 (Day 1 : Melaka - Bandar Enstek : 111km)
Maklumat awal saya dapat daripada Norzaiham Nazley 9W2DYA melalui posting beliau di FB mengatakan Ringo BH4BPO sedang berbasikal dari Malaysia ke Cina. Di Malaysia, Ringo memulakan kayuhannya dari Bandar Melaka dan balik ke base di Shanghai. Difahamkan, Ringgo tiba di KLIA 2 pada 4 Mac 2015. Kemudian menaiki bas ke Melaka. Setelah 2 hari di bandar Melaka Ringo memulakan Projek Kayuhan Malaysia - China pada 6 Mac 2015. Melalui aplikasi APRS, Ringgo di kesan menggunakan laluan No. 5 menuju ke Lubuk China, melalui Sungai Udang, Kemudian melalui Linggi, Port Dickson dan Sepang. Kemudiaanya bermalam di Bandar Enstek.

7 Mac 2015 (Day 2 : Bandar Enstek - Telok Panglima Garang : 45km)
Dari  Bandar Enstek, Ringgo memulakan kayuhannya agak lambat juga, Didapati menjelang tengahari baru Ringgo berkayuh semula menuju ke Sepang dan menyelusuri jalan pantai laluan No. 5 melalui Sungai Pelek, Tanjong Sepat, Morib, Banting dan sampai di Telok Panglima Garang sekitar jam 7.00 petang dan bermalam di sana

8 Mac 2015 (Day 3 : Teluk Panglima Garang - Sungai Besar : 114km)
Pemerhatian di APRS, Ringgo kemudiaannya berkayuh menuju ke pekan Kelang. Sekitar jam 10.40 pagi, Ringgo dikesan berasa di Jeram dan menuju ke Kuala Selangor.

Helmi 9W2VMH bersama Ringo BH4BPO
Di Kuala Selangor, Helmie 9W2VMH berkesempatan berjumpa Ringgo di kasawan Assam Jawa. Helmie mendapat info kedudukan Ringo melalui info yang saya post dalam Whatapss Victory Call Group, Mengikut maklumat awal daripada Ramzi 9W2VMH, Ringo akan berbasikal ke Sekinchan dan bermalam di sana.


Melalui aplikasi APRSDroid, saya (9W2VVH-5) menghantar mesej kepada Ringo BH4BPO-5 mengatakan saya berada di Sungai Besar, kira-kira 60KM dari Kuala Selangor. Mesej saya di balas dan Ringo menyatakan akan menuju ke Sungai Besar. Nampaknya, Ringo mengubah fikiran untuk meneruskan kayuhan sehingga ke Sungai Besar.

Kira-kira jam 6.30 petang, Ringo tiba di Sungai Limau, tempat saya menunggu di tepi jalan dan dapat bersama-sama berkayuh dan berhenti rehat di Sungai Limau Resort sambil menunggu Romzi 9W2TZE sampai. Juga berkayuh. Di situ, dapat memperkenalkan isteri saya Azura 9W2VVQ bersama anak-anak saya yang sedang mandi kolam di resort tersebut. Sekitar jam 7.00 petang, kami (VVH, TZE & BPO) berkayuh menuju ke hotel penginapan Ringo di pekan Sungai Besar.

Ham Cycling.... 9W2TZE, BH4BPO & 9W2VVH.
9W2TZE, 9W2VVH, BH4BPO & 9W2VLH. Cameraman: 9W2VVQ
Sebelah malamnya, berkesempatan makan malam di Tonggak 10. Ringo ingin merasa makanan tempatan sahaja malam itu... Antara rakan radio yang berkesempatan bersama, Romzi 9W2TZE dan keluarga, Lokman Hakim 9W2VLH dan Azura 9W2VVQ bersama harmonic.


9 MAC 2015 (Day 4 : Sungai Besar - Kampar : 93km)
Sekitar jam 7.30 pagi, apabila tracking aprs, saya dapati Ringo berada di Bagan Sungai Besar. Selepas selesai urusan menghantar harmonic ke sekolah, saya menjejaki Ringo di sana dan nampak Ringo sedang menikmati sarapan paginya di sebuah restoren masakan cina. Saya tunggu sehingga Ringo selesai makan barulah saya keluar dari jalopy... dan dia agak terkejut bagaimana saya boleh mengesen kedudukannya... saya kata tentu dari APRS! Selepas itu, kami bersalaman dan saya mengucapkan selamat jalan.... Seterusnya sekitar 8.30 pagi, Ringo memulakan kayuhan hari ke-4, Ringo akan menuju ke Ipoh melalui Teluk Intan. Tapi katanya mungkin dia akan berhenti di Kampar.


  
Good Bye, Good Luck & Save Journey Ringo BH4BPO. 73 de Arie 9W2VVH

note: Ringo BH4BPO can track via this link :
http://aprs.fi/#!mt=roadmap&z=13&call=a%2FBH4BPO-5&timerange=3600&tail=3600

9W2XKT, BH4BPO & 9W2EXB
Seperti dijangka, Ringo sampai di Teluk Intan menjelang tengah hari. Di sana, dua orang rakam ham iaitu Amir 9W2XKT dan Rizal 9W2EXB menunggu Ringo di Dataran Menera Jam Teluk Intan. Sebenarnya Amir telah mengikuti perkembangan Ringo juga melalui aplikasi aprs.fi.

Kemudiaannya, Ringo meneruskan kayuhannya menuju ke Kampar melalui Sungai Manik, Langkap dan Air Kuning.


Menariknya, semasa saya tracking aprs kedudukan Ringo, saya ternampak satu stesen Saiful 9W2HKR-5 berada sekitar bandar Kampar. Kemudiannya saya menghantar msg kepada Saiful menyatakan Ringo dalam perjalanan ke Kampar dan ketika itu, Ringo berada di Air Kuning. Saya mendapat msg daripada Ringo bahawa di terkandas di situ kerana hujan lebat dan tayar basikalnya pancit. Setelah hujan reda, Ringo meneruskan kayuhan ke Kampar.

Perjalanan 4 hari Ringo BH4BPO dari Bandar Melaka ke Kampar
Seronok juga melihat kedua-dua stesen bergerak menghampiri satu sama lain dan ahkirnya saya dapati kedua-dua stesen menjadi satu titik sahaja - menunjukkan mereka telah bertemu dan pastinya bersamalam di daratan. Selepas itu, didapati 9W2HKR-5 mengiringi BH4BPO-5 menuju ke Kampar. Akhirnya, melalui pandu arah oleh Saiful 9W2HKR, Ringo memilih hotel bajet berhampiran Tesco Kampar.


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN RADIO AMATUR MALAYSIA yang memberikan satu pengalaman manis buat sahabat kita Ringo BH4BPO sepanjang beliau berkayuh di sini... saya akan kemas kini perjalanan beliau sehingga sampai ke Shanghai secara ringkas.


10 Mac 2015 (Day 5 : Kampar - Ipoh : 37km).
Melalui pemerhatian di aprs.fi, sehingga jam 9.00 pagi, didapati Ringo masih berada di Kampar. Sekitar jam 10 pagi baru kelihatan pergerakan Ringo di Pekan Kampar - mungkin mencari tempat bersarapan. Sekitar jam 12 tgh saya mendapat msg daripada Ringo mengatakan bahawa dia baru check out hotel dan membaiki brek dan tayar basikalnya sebelum meneruskan kayuhan ke Ipoh.

Ringo BH4BPO & Azrol 9W2AEK
Sekitar jam 1.10petang, sekali lagi mendapat msg daripada Ringo bahawa di sedang menuju ke Hutan Lipur Gua Tempurung. 2.30 petang baru Ringo bergerak semula ke laluan utama menuju ke Ipoh. Menjelang 3.15 petang, beliau sudah melepasi pekan Gopeng. Ringo sampai di pusat bandar Ipoh pada jam 4.30 petang.

Pergerakan Ringo saya monitor di aprs.fi. Ketika Ringo berada di Jalan Sultan Azlan Shah, Saya dapati Azrul 9W2AEK-5 juga sedang berada di jalan yang sama lalu saya telefon dan memberi tahu Azrul bahawa Ringo berada di laluan yang sama. Akhirnya, Azrol 9W2AEK berjaya 'menangkap' Ringo BH4BPO di tepi jalan.

Web Worm Showers untuk komuniti
Cyclist seluruh dunia
Selepas itu, Ringo meneruskan kayuhannya ke Bercham mencari rumah kawannya, Micheal, juga seorang 'cyclist' yang dikenalinya melalui warmshowers.org. Namun sebelum itu, Ringo kelihatan berpusing-pusing di sekitar kawasan itu sebelum akhirnya berjaya sampai ke rumah Micheal.

Saya bertanya (whatapss) kepada Ringo apa perancangan kayuhannya untuk esok (11 Mac). Ringo mengatakan bahawa dia mensasarkan Taiping sebagai destinasi seterusnya. Saya mencadangkan Ringo menggunakan laluan No. 1 dari Ipoh ke Taiping melalui Kuala Kangsar.... dan Ringo bilang..."good idea".


11 Mac 2015 (Day 6 : Ipoh - Taiping : 85km)
Ringgo bergerak dari rumah kawannya Michael sekitar jam 9.00 pagi. Kemudian Ringo mengikut laluan A13 sebelum masuk ke laluan No. 1 di Chemor. Sekitar jam 11 pagi, Ringo didapati berada di pekan Sungai Siput dan terus menuju ke Kuala Kangsar.

Sebaik sampai di Kuala Kangsar sekitar jam 12.30 tengah hari, Shah 9M2SGN, Along 9W2AUK dan Danial 9W2DLC telah menunggu. Sambil beramah mesra, Ringo dihidangkan dengan air kelapa muda dan laksa Kuala Kangsar. Selepas itu, Ringo mengambil kesempatan meninjau sekitar Kuala Kangsar termasuk ke Masjid Ubaidiah.

Ringo BH4BPO & Jamil 9W2VZO
Perjalanan Ringo seterusnya melalui Kg. Talang, Kg. Binjai, Padang Rengas, Bukit Gantang, Changkat Jering dan Taiping. Di laluan ini, Ringo berdepan jalan berbukit dan difahamkan terpaksa melawan angin yang datang dari arah depan.. Ringo telah dispot di Bukit Gantang oleh Jamil 9W2VZO yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke Taiping dari Ipoh. Kesempatan itu, Jamil memukat Ringo dan sempat bersalaman di Cangkat Jering.

Ringo meneruskan kayuhan 9 KM terakhirnya ke Taiping melalui jalan Air Kuning (A109) sebelum mencari hotel penginapan di berhampiran Agro Bank Taiping sekitar jam 6.30 petang. Difahamkan, Ringo akan bertemu rakan-rakan ham Taiping (Jamil 9W2VZO, Hakimi 9W2WUS dan Azurin 9W2KRX, Noraizal 9W2PCX, Sham 9W2WTO, SWL Zam dan tidak ketinggalan Asri 9W2VRD) untuk dinner.

Sebelum itu, dari pemerhatian di aprs.fi, Ringo sempat 'night view' mengelilingi Taman Tasik Taiping dan kawasan sekitarnya. Ingatkan Ringo berkayuh tadi... rupa-rupanya Jamil yang bawa Ringo dengan jalopynya... hi hi

Sehingga sampai di Taiping, Ringo telah mencatatkan sejumlah 605 km kayuhan keseluruhan.


12 Mac 2015 (Day 7)
Taiping - Kuala Sepetang : 15km

Kali ini Ringo bergerak awal pagi dan berkayuh mengelilingi Tasik Taiping. Ringo bercadang untuk berada di Taiping pada hari ini. Pagi ini, Ringo berkayuh ke Kuala Sepetang. Sekitar jam 9.20 pagi, Ringo sampai di Kuala Sepetang. Sempat dia bergambar selfie dan pemandangan. Selepas itu menikmati sedikit sarapan. Mee Udang belum ada... Bagaimana pun, Ringo mengubah rancangan asalnya dengan mengambil keputusan meneruskan kayuhannya ke Butterworth.

Kuala Sepetang  -  Butterworth : 90km
Jam 10 pagi, Ringo memulakan kayuhan menuju ke Butterworth dari Kuala Sepetang. Katanya kali ini agak mengejar masa untuk sampai ke Butterworth...

Lanskap kayuhan kali ini boleh dikatakan landai sahaja kerana Taiping - Parit Buntar - Butterworth terletak di kawasan tanah pamah dengan tanaman padi sebagai tanaman utama di samping kelapa sawit. Jam 12 tengah hari, didapti Ringo berhenti rehat di Kg. Sungai Gedong sekitar 30 minit sambil menikmati limau bali.

Syukor 9M2SY & Ringo BH4BPO





Satu jam berkayuh santai,  menjelang 1.30 tengah hari Ringo sampai di Bagan Serai.  Ringo tidak berhenti lama di sana dan meneruskan perjalanannya menuju Parit Buntar pula. Sampai di Simpang Lima, kira-kira 5 km sebelum Parit Buntar, Syukor 9M2SY sempat bersalaman dengan Ringo. Bagi Ringo, pertemuannya dengan rakan-rakan ham Malaysia di sepanjang laluannya menjadi perjalanannya tidak keseorangan. Kata Ringo, "Now my solo cycling trip turn to be a Ham travelling coz of aprs."

Seterusnya, Ringo berkayuh menyusuri Laluan No.1 melalui Parit Buntar, Nibong Tebal, Simpang Ampat
dan sampai di Seberang Prai sekitar jam 6. Di Seberang Prai, Ong 9W2LWO mempelawa Ringo singgah di rumahnya. Kemudiaannya, Dengan berkereta, Ong menghantar Ringo ke homestay yang telah ditempah lebih awal oleh Ringo di Jalan Marican, Georgetown melalui Jambatan Pulau Pinang. Difahamkan, sebelah malamnya, Ringo berkesempatan berjumpa rakan-rakan Ham sekitar Georgetown dan berbincang berkenaan aprs.

9W2ZBT & BH4BPO

13 Mac 2015 (Day 8)
Georgetown - Balik Pulau - Georgetown : Almost 70 km
Ada juga saya mencadangkan kepada Ringo untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang seperti Bukit Bendera dan Padang Kota tetapi nampaknya Ringo lebih banyak menghabiskan masanya di homestay. Difahamkan, Ringo menggunakan masa tersebut dengan berbual dengan tuan rumah dan membasuh baju.

Dalam pada itu, Nizam 9W2ZBT sempat meluangkan masa meninjau Ringo di homestay Ringo menginap di Jalan Merican, George Town. Tinjauan kali pertama sekitar jam 8 pagi, hanya basikal Ringo sahaja yang kelihatan... mungkin Ringo masih tidur! Sekali lagi Nizam ke sana sekitar jam 9.30 pagi dan kali ini tuah menyebelahi Nizam dan mereka sempat bergambar kenangan.

Sekitar jam 12.30 tengah hari, saya menerima msg daripada Ringo mengatakan dia bersiap sedia untuk berkayuh ke Balik Pulau. Sebelum itu, Ringo sempat servis basikalnya di kedai basikal Pro Bike Store di Georgetown. Daripada pemerhatian di aprs, semasa menuju ke Balik Pulau, Ringo menggunakan laluan Air Itam - Paya Terubong - Relau - Balik Pulau. Ringo ada memberi tahu bahawa dia menghadapi sedikit kesukaran kerana laluan berbukit terutama di Relau. Namun, dengan semangat yang anda, semua itu berjaya diharungi Ringo. Seterusnya, Ringo menyelusuri laluan 6 menuju ke Kampung Paya Simpang Empat Genting sebelum mengambil angin di sekitar Kampung Sungai Burung, Pulau Betong dan Kampung Bakar Kapur.
Ringo BH4BPO di Balik Pulau

Sekitar jam 5 petang baru Ringo bergerak pulang ke Georgetown. Kali ini Ringo memilih laluan 6 melalui Kampung Paya Simpang Empat Genting - Teluk Kumbar - Bayan Lepas - Bayan Baru - Gelugor - Georgetown. Sekitar jam 8 malam, Ringo sampai di penginapannya. Jarak kayuhan keseluruhan keliling pulau Ringo tadi sejauh 70 km.

Untuk kayuhan esok, Ringo kemungkinan untuk berkayuh sehingga ke Jitra melalui Sungai Petani - Gurun - Alor Setar - Kepala Batas.

14 Mac 2015 - Day 9 (Georgetown -  Kangar) : 170 km
Pagi ini nampaknya Ringo bersiap agak awal. Sekitar jam 8 pagi, setelah bergambar kenangan dengan tuan rumah homestay di Jalan Merican, Georgetown, Ringo terus berkayuh menuju ke jeti untuk menaiki feri menuju ke Butterworth. Setibanya di Jeti Butterworth, Ong 9W2LWO telah sedia menunggu dan kemudiannya pergi sarapan berasama di restoren berhampiran.

9.30 pagi, Ringo memulakan kayuhannya mengikut laluan No. 1 menuju ke utara. Sekitar jam 10 pagi, Ringgo telah melewati Titi Mukim dan sekitar jam 10.50 pagi, Ringo telah sampai di Jambatan Merdeka iaitu sempadan Negeri Pulau Pinang - Kedah. Seterusnya Ringo meneruskan perjalanan yang dihidangkan dengan pemandangan sawah padi saujana mata memandang. Ringo agak teruja dengan keluasan kawasan tanaman padi di sini kerana sebelum ini Ringo pernah melewati Sekinchan - juga kawasan tanaman padi - tapi di sini lagi luas, katanya.

Jam 12.30 tengah hari, Ringo sampai di Sungai Petani dan meronda sekitar pekan untuk mencari tempat berhenti bagi mengalas perut. Selesai makan tengah hari, Ringo meneruskan kayuhan menuju ke Alor Setar. Dalam perjalanannya ke Alor Setar, Ringo sempat singgah gerai menjual tembikai dan menikmati kemanisan tembikai Sungai Petani. Jam 2 petang, Ringo telah sampai di Kg. Sungai Tok Rawang dan pada jam 3.38 petang, Ringo didapati menghampiri Kota Sarang Semut.

9W2TPL & BH4BPO
9W2TRH, BH4BPO & 9W2BLI
Menjelang jam 4.40 petang, Ringo semakin menghampiri Alor Setar. Kedatangan Ringo disambut oleh 9W2TPL. Mereka sempat bersalaman dan berbual seketika sebelum Ringo meneruskan kayuhannya.

Kalau ikut rancangan awal, Ringo bercadang untuk ke Jitra tetapi Ringo mengubah laluan ke Kangar. Ini kerana Ringo berjaya mengejar masa dan dia yakin dapat sampai ke Kangar sebelum malam. Jadi Ringo meneruskan kayuhan dengan mengambil route no. 7 Alor Setar - Kangar. Semasa menghampiri sempadan Kedah - Perlis, iaitu di Sanglang, Ringo dipukat pula oleh Sazzali 9W2BLI dan Athirah 9W2TRH. Seterusnya difahamkan mereka berdua mengiringi Ringo hingga ke Kangar. Sekitar jam 8 malam, Ringo tiba di lokasi perhentiannya untuk hari ini. Ringo dipelawa untuk bermalam di rumah Fauzi 9W2FZE. Rupanya, beberapa rakan ham Kangar telah menanti kedatangan Ringo di sana. Rasanya, dengan sambutan mesra rakan-rakan ham, tentunya hilang rasa penat dan letih Ringo berkayuh hampir 12 jam itu.

Ringo BH4BPO bersama rakan-rakan ham Kangar
Daripada pemerhatian saya di aprs.fi, Ringo secara konsisten dengan kelajuan kayuhan 20km/j di samping semangat tinggi yang ada dalam dirinya, beliau berjaya menamatkan jarak kayuhan 170km dari Georgetown ke Kangar dalam tempoh lebih kurang 12 jam dan ini merupakan rekod kayuhannya yang terjauh dalam sehari sepanjang Ringgo memulakan kayuhannya di Malaysia.




15 Mac 2015 - Day 10 ( Kangar - Padang Besar - Hatyai ) : 91 km
BH4BPO & 9W2FZE
Hari ini hari terakhir Ringo di Malaysia. Target Ringo untuk sampai ke Hatyai melalui Padang Besar. Sekitar
jam 8 pagi, Ringo telah bersiap sedia untuk memulakan kayuhannya. Sebelum meninggalkan base Fauzi 9W2FZE, Ringo menerima cenderahati kenang-kenang daripada Fauzi. Sekitar jam 8.30 pagi, Ringo mula berkayuh mengikut laluan R135 melalui Kg. Keranji, Kg Kota, Kg Masjid sehingga Kg Lati sebelum menuju ke Beseri.

Ringo BH4BPO bersarapan bersama rakan ham di Beseri

Semasa di beseri,  9W2KRE, 9W2KGR, 9W2KGE dan 9W2AAZ telah menunggu di sana untuk bersarapan bersama Ringo. Mereka bersarapan di sebuah gerai makan berhampiran SK Beseri. Berselera Ringo dengan hidangan roti canai. Katanya, ini kali kedua dia makan roti canai... Sekitar 9.30 pagi, Ringo meneruskan kayuhan dan berhenti rehat di Tasik Timah Tasoh. Katanya, pemandangan di situ sungguh cantik dan mendamaikan jiwa. Bagus untuk tempat percutian... katanya lagi.

Sekitar jam 12 tengah hari, Ringo sampai di Padang Besar. Ringo terus menuju ke check point sempadan untuk pemeriksaan Kastam dan Imigresen Malaysia dan Thailand. Sebelum keluar dari sempadan Malaysia, Ringo sempat mengirim mesej kepada saya... agak panjang juga mesejnya dan ditujukan kepada seluruh warga ham di Malaysia...

Bye Ringo... 73 C U Agn
BH4BPO's route Ipoh - Hatyai
"Today is my last day in Malaysia, here I got warmly welcome by local Ham, this is definitely a great experience i never forget. Please bring my best wishes to all Ham. I prefer to stay more days but have to say good bye to all of u today, what a pity! I hope we will have cross path again in future and all of you are always welcomed to my home, i open the door waiting for all of u. i can be reached via tiyaozheng@163.com. All of u must let me know if visit Shanghai, keep in touch".

Ringo BH4BPO.

Ikuti perjalanan Ringo seterusnya di Bahagian 2 / Part 2
Ringo in Thailand, Solo Cycling Malaysia - China.