Tuesday, July 23, 2013

Penangan 2m band apabila sekali membuka

Sesekali 2m band membuka... nah rakan di utara pun dapat dijengah.... buktinya, sekitar jam 11.30 malam 22 Julai tadi.... pada mulanya dalam scanning mode dan monitor 145.475MHz rakan di Kajang sedang QSO antara 9W2EHZ dan 9W2CUE. Kemudian saya cuba masuk dan disambut oleh Hazizi 9W2EHZ. Hanya 9W2EHZ sahaja yang saya terima manakala 9W2CUE tidak kedengaran sebelum dia QRT.

Saya dan 9W2EHZ meneruskan QSO sebelum Pak Ibrahim 9W2VBR di Sungai Lang bergabung. Tidak lama kemudian, kedengaran audio daripada Nordin 9W2IIA dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Walaupun beliau hanya memancar menggunakan handy, audio beliau masih boleh diterima baik sekitar R3. Selepas itu satu rakan contact dari Shah Alam pula masuk juga dengan handy - Caun 9W2VCO....  kemudian bergabung pula Din 9W2VND di Sungai Besar....

Selepas Caun 9W2VCO QRT, masuk pula rakan dari penang 9W2PPG dan Naim 9W2NSU dari Bandar Baru, Kedah...

Tu dia...penangan 2m band apabila sekali membuka... dapat QSO
Kajang - 9W2EHZ
Shah Alam - 9W2VCO
Sg Besar - 9W2VND... dh tentu la sebab local
Sg Lang - 9W2VBR ... pun local so mmg 59
Pulau Pinang - 9W2IIA & 9W2PPG
Bandar Baru, Kedah - 9W2NSU