Friday, October 04, 2013

Laporan 10m band... jom hantar!

 
Rasanya, dalam kalangan peminat 10m band, Tony Dixon G4CJC - penulis tetap bagi page Tony's 10 Metre Band Report memang tidak asing... malah menjadi satu kemestian untuk membaca laporan terkini perkembangan 10m band pada setiap minggu. Tony telah menyelenggara laporan 10m band ini sejak 2004 lagi. Page ini boleh dilayari di www.southgatearc.org/bands/10metres

Tony Dixon G4CJC
Kita sedia maklum bahawa operator radio amatur di Malaysia mendapat 'lampu hijau' untuk beroperasi di 10M band mulai 2007. Sejak itu, dunia 10M band mula dijelajahi oleh operator 9W.  Berdasarkan laporan Tony's 10 Metre Band Report ini, stesen Malaysia mula masuk 'carta' seawal laporan pada 6 Sep. 2007 dengan kemunculan 9W2DRL dan 9W6SUE (Sekarang 9M6BOB). Kemudiannya dikuti 9W2CBL, 9W2RZL (sekarang 9M2RDX), 9W2TRX, 9W2MZY, 9W2AUR (Sekarang 9M2AUR), , 9W2DI, 9W2QC (Sekarang 9M2CQC), 9W2FRD, 9W2RZQ, 9W2LLK (Sekarang 9M2GET), 9W2FAI, 9W2ZRZ, 9W2RPM, 9W2NTO (Sekarang 9M2NDO), 9W2IBR (Sekarang 9M2IBR), 9W6RHM (Sekarang 9M6RHM), 9W6IWN,  dan 9M2IDJ dan 9M6BRC- callsign yangg dikesen sehingga laporan pada 25 Dis. 2008. Penulis sendiri, 9W2VVH muncul dalam laporan 15 Apr. 2008.Sejak itu, deretan callsign 9W2, 9W6 dan 9W8 terpapar di dada laporan...

Sekarang 9M2RDX
Tidak keterlaluan jika saya anggap 9W2RZL (9M2RDX) sebagai pelopor 10m band di Malaysia. Berdasarkan 'penyelidikan' daripada laporan mingguan 10m band Tony, saya dapati 9W2RZL kerap menjadi stesen spot dalam cluster dan menjadi stesen yang dilaporkan oleh stesen lain dalam laporan Tony ini. Sebagai contoh,pada 2008, 9W2RZL muncul sepanjang minggu bagi laporan bulan Mei...

Secara tidak langsung medan 10M band ini menjadi tapak kepada rakan-rakan 9W menimba ilmu & pengalaman meneroka HF dan seterus upgrade ke 9M seperti 9W2RZL ( 9M2RDX), 9W2CQ (9M2CQC) , 9W2LLK (9M2GET), 9W2OUT (9M2OUT), 9W2NDO (9M2NDO), 9W2IBR (9M2IBR), 9W2AUR (9M2AUR), 9W2ZAK (9M2ZAK), 9W2ESM (9M2ESM) 9W2TPT (9M2TPT), 9W2SGN (9M2SGN),9WS2JJF (9M2UST), 9W2OHM ( Bakal 9M2...), 9W2SUE (9M6BOB), 9W6RHM (9M6RHM), 9W8ALF (9M8ADX), 9W8WAT (9M8WAT)... siapa lagi ye... hi hi

Laporan pertama dari Malaysia dihantar oleh 9W2CBL seawal laporan pada 11 Okt. 2007.

"Richard, 9W2CBL in Malaysia reports hearing BG7NWF at 5/9. "

Laporan yang ringkas tetapi membawa pengertian mendalam. Seterusnya, 9W2CBL menyumbangkan beberapa laporan lagi sepanjang 2008.

Bagi penulis, laporan pertama disiarkan pada 6 Mei 2010.

 
 
Sebenarnya, penulis terharu apabila saranan agar rakan-rakan My10Mg khasnya, dan rakan-rakan amatur lain menghantar laporan kepada Tony disahut... buktinya dalam laporan terbaru pada 30 Okt. 2013, sebanyak 6 laporan dari Malaysia...
 
 
Adalah diharapkan, rakan-rakan menghantar laporan kepada Tony dengan mengisi form yang disediakan. http://www.southgatearc.org/bands/10metres/10metre_reponse.htm 
 
Laporan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu 1200utc/2000mst. Terbitan terkini laporan pula biasanya akan disiarkan pada Khamis 0000utc/0800mst.
 
Semoga laporan yang dihantar boleh menjadi panduan kepada pembaca setia  Tony's 10 Metre Band Report dan seterusnya mengangkat martabat stesen radio amatur di mata dunia.... Ingat, My10Mg... "Tiada Yang Mustahil - Nothing Imposible"