Thursday, August 28, 2014

PSK31 QSO on 10m

Photo credit to Heryadi 9W2XER yang bekesempatan melihat
sendiri bagaimana QSO PSK31 digital mode dijalankan.
CQ CQ CQ de 9W2VVH 9W2VVH 9W2VVH
CQ CQ CQ de 9W2VVH 9W2VVH 9W2VVH
Pse K

Itulah antara teks yang digunakan apabila membuat panggilan CQ di digital mode seperti di PSK31. Selain itu, kaedah yang sama juga boleh digunakan dalam digital mode yang lain berasaskan teks seperti RTTY

Petang selasa 26 Ogos 2014 yang lalu, saya memasang semula digital interface - cable psk-data daripada rig Yaesu FT897D ke laptop untuk operasi digital mode PSK31 menggunakan perisian HRD Digital Master 780. Uji pancar berjalan lancar. Bagaimanapun tiada sebarang contact pada petang tersebut disebabkan propagasi 10m yang tidak membuka.


Digital Master 780 membaca isyarat digital PSK31
Bagaimanapun sekitar jam 11.45 malam, propagasi 10m boleh dikatakan membuka. Rig ditala ke frekuensi 28.120MHz dan Digital Master 780 terus menerima signal PSK31 daripada beberapa stesen yang sedang CQ dan QSO. 

Kemudian, saya turut serta menghantar panggilan CQ dan terus disambut oleh stesen dari Jerman DL8WYJ. Selepas itu, satu demi satu stesen dari eropah masuk menjawab panggilan CQ. Di akhir QSO, saya berjaya menghubungi 10 stesen dalam operasi digital mode iaitu DL7UDA, SQ9LPQ, IU8ALH, YO6PAO, EB3JT, UR5YAE, CT1JTQ, CT4RC dan LZ1WH.


PSK31 QSO dengan S51AB
Pada Rabu 27.8.2014 pula, seperti dijangka propagasi 10m membuka sekitar 10.45 malam. Saya berjaya bekerja dengan 28 stesen dalam tempoh sekitar 1 jam 45minit di udara dalam mode digital ini. 

Berikut senarai stesen yang berjaya dihubungi pada malam tersebut - S51AB, DM2CF, DM6KC, F6ECI, LZ1WE, DG4GAT, UA3AQD, UA4HBJ, RA3DAD, F4FRG, UA4PCF, UA6FZ, UA3DTK, UA4CDM, G4BHE, DO6LE, F6GC, DL1AML, SP5Z, UT4LK, IU5BJS, IK5PWJ, IZ8XQC, UT2UO, IZ3WQO, IZ2KLV, 4S7BRG, IW1BGR.

Satu laporan ringkas tentang aktiviti QSO di digital mode ini saya hantar kepada Tony G4CJC yang mengendalikan web Tony's 10 Metre Band Report yang melaporkan aktiviti di 10m secara mingguan dan laporan tersebut disiarkan pada 28 Ogos 2014 seperti di link berikut:  http://www.southgatearc.org/bands/10metres/2014/august/august_28.htm#.U_6ohTK1bQU

Sebahagian laporan yang termuat dalam laporan terkini Mr Tony pada 28.8.2014
Sampai jumpa lagi di 10m digital mode... 73 de 9W2VVH sk